Airbus Alpha Two - teksi udara yang mampu terbang tanpa bantuan pemandu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lama kita tidak mendengar khabar daripada Airbus selain daripada pemberhentian produksi kapal terbang adijumbo A380 yang tidak mesra operasi kebanyakan syarikat pengendali kapal terbang. 

Lupakan tentang semua itu, kerana Airbus kini sedia memperkenalkan prototaip teksi swa-terbang, Alpha Two. 
 


Airbus Alpha Two tampak seperti gabungan helikopter dan kapal terbang ringan, namun menurut Airbus, Alpha Two mempunyai karakter yang tersendiri. 

Dengan bantuan lapan buah propeller, Alpha Two mampu untuk berlepas dan mendarat secara menegak seakan sebuah helikopter. 

Alpha Two ini dikatakan sudah berjaya menamatkan kira-kira 50 buah ujian penerbangan tanpa pemandu bersama-sama prototaip pertama teksi swa-terbang ini, Alpha One. 
 


Dan dalam satu percubaan, Alpha Two berjaya mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j dengan bantuan perisian termaju daripada Airbus. 

Sayangnya, teksi udara ini tidak direka untuk memuatkan empat penumpang pada satu-satu masa, sebaliknya rekaan ruang tersebut menyerupai kokpit pesawat pejuang, di mana anda hanya bersendirian tatkala sistem komputer menerbangkan teksi ini. 

Andai tersilap langkah, bertawakal-lah anda kepada pemilik langit dan bumi supaya ia tidak mendatangkan kecederaan kepada anda.
 


Airbus percaya projek Alpha Two ini merupakan penyelesaian kepada cabaran pengangkutan awam di seluruh dunia dan mensasarkan pengenalan kepada umum menjelang tahun hadapan. 

Sementara itu, apa sudah jadi dengan projek kereta terbang nasional itu ya? 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada Channel News Asia, AirAsia Group Bhd menerusi cabang logistiknya Teleport…
Berita Global
  Pengumuman itu dibuat pada minggu yang sama ketika Lilium, syarikat start-up teksi udara Jerman…
Berita Global
  "UAM boleh melebarkan lagi sektor pengangkutan udara, kita kenal pasti industri ini juga…