AITO M9 - SUV YANG LEBIH BANYAK PAPARAN SKRIN DARI TEMPAT DUDUK

oleh Firdaus Razani|
AITO yang merupakan usaha sama antara Huawei dan Seres di China, dan pada tahun ini ia melancarkan SUV elektrik mereka yang dipanggil M9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menarik bagi model ini adalah ia dilengkapi dengan teknologi terbaru dari Huawei, skrin yang banyak dan dua projektor yang boleh diguna di dalam dan di luar kenderaan tersebut.

Malahan ciri-ciri tersebut lebih banyak dari bilangan tempat duduk untuk penumpang dalam kenderaan tersebut.

 

aitom9

 

Aito M9 merupakan SUV besar dengan penggayaan moden dan badan yang anggun, tetapi kelihatan generik dan tambahan pula, lampu hadapan berteknologi tinggi yang mengingatkan pada sedan Luxeed S7 Huawei.

 

aitom9

 

Unit pencahayaan menampilkan teknologi LED matriks adaptif dan boleh mengenal pasti pejalan kaki dan kenderaan lain selain projektor bersepadu yang terdapat di kenderaan itu boleh menjadi paparan 100 inci jika dibiaskan ke permukaan yang rata.

 

aitom9

 

Selain itu, di dalam kabin terdapat projektor laser dan panel 32 inci yang boleh ditarik balik, membolehkan penumpang belakang menikmati filem, permainan atau rancangan TV dari keselesaan tempat duduk mereka.

 

aitom9

 

Di bahagian depan kabin, paparan skrin Aito M9 adalah serupa dengan hiperskrin Mercedes, menempatkan tiga paparan, ia terdapat kelompok instrumen digital 12.3-inci, skrin infotainment pusat 15.6-inci dan skrin penumpang hadapan 16-inci digabungkan dengan paparan kepala 75-inci.

Untuk model Aito ini, ia menawarkan dua pilihan varian tenaga kuasa yang berbeza iaitu Bateri Elektrik (BEV) dan Extended-Range Electric Vehicle (EREV).

 

aitom9

 

Varian BEV, ia dilengkapi dengan dwi motor elektrik yang menghasilkan gabungan kuasa 523 hp dan pek bateri 97.7 kWj yang membolehkan pergerakan sejauh 630 km.

Untuk EREV, ia mempunyai enjin 1.5 liter turbocaj motor elektrik dwi gabungan 490 hp dan bateri 42 kWh atau 52 kWh dan boleh mencapai jarak sehingga 1,362-1,402 km dengan bateri yang dicas penuh dan tangki gas penuh.

 

aitom9

 

Aito M9 sudah tersedia untuk dipesan di China dengan harga antara ¥469,800 (RM306,000) dan ¥569,800 (RM372,000) dan dijangka akan berada di atas jalan pada awal 2024.

 

SUMBER : Carscoops