Akio Toyoda letak jawatan Presiden Toyota, diganti bos GAZOO Racing!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Akio Toyoda dan Toyota Supra
Akio Toyoda dan Toyota Supra
Beberapa tahun kebelakangan ini boleh disaksikan bagaimana Toyota semakin agresif dari segi strategi perniagaan, penawaran produk dan sukan permotoran.

Kebangkitan itu diterajui Akio Toyoda yang bukan sahaja seorang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat (CEO) malah pemandu uji kereta.

Toyoda juga menyarung sarung tangan dan topi keledar untuk bersaing di dalam perlumbaan kereta.

Di bawah Toyoda, pelbagai model hebat dikeluarkan seperti GT86, GR Supra, GR Yaris dan GR Corolla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Akio Toyoda, Koji Sato dan Takeshi Uchiyamada
Dari kiri Akio Toyoda, Koji Sato dan Takeshi Uchiyamada

 

Terbaru Toyoda melepaskan jawatan sebagai Presiden dan CEO dan bakal menggalas tanggung jawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah berkuatkuasa 1 April 2023.

Beliau menggantikan Takeshi Uchiyamada manakala jawatan Presiden dan CEO akan digalas Koji Sato.

Berikut perubahan eksekutif Toyota Motor Corporation (TMC) bermula 1 April 2023

 

Jawatan sekarang

Jawatan baharu

Akio Toyoda
  • Presiden, Ahli Lembaga Pengarah (Wakil Pengarah)
  • Pegawai Operasi
  • Ketua Pegawai Eksekutif
  • Pengerusi Lembaga Pengarah (Wakil Pengarah)
Takeshi Uchiyamada
  • Pengerusi Lembaga Pengarah (Wakil Pengarah)
  • Ahli Lembaga Pengarah (Wakil Pengarah)
Koji Sato
  • Pegawai Operasi
  • Ketua Pegawai Penjenamaan
  • Lexus International Co. (Presiden)
  • GAZOO Racing Company (Presiden)
  • Pegawai Operasi
  • Presiden
  • Ketua Pegawai Eksekutif

 

Berikut latar belakang Koji Sato yang bakal menggantikan Akio Toyoda:

  • Lahir pada 19 Oktober 1969
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada Mac 1992 dari Universiti Waseda
  • Menyertai TMC pada April 1992
  • Dilantik sebagai Ketua Jurutera Lexus International Co. pada Januari 2016
  • Dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Eksekutif pada April 2017 dan bertanggung jawab kepada Lexus International Co. 
  • Dinaikkan pangkat kepada Pegawai Operasi pada Januari 2020 dan menjadi Presiden Lexus International Co.
  • Dilantik sebagai Presiden GAZOO Racing Company pada September 2020
  • Dinaikkan pangkat pada Januari 2021 sebagai Pegawai Operasi dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Penjenamaan.

 

Toyota GR Corolla Morizo Edition

 

Sebagai imbasan, Toyoda dilahirkan pada 3 Mei 1956 dan cicit kepada pengasas Toyoda Automatic Loom Works, Sakichi Toyoda dan cucu kepada pengasas TMC, Kiichiro Toyoda.

Beliau mula mengambil alih jawatan Presiden TMC pada Jun 2009.

Selain pelbagai model hebat, di bawah Toyoda, Toyota berjaya menjulang tiga kali trofi Kejohanan Rali Dunia (WRC) kategori pengeluar dan empat kali kategori pemandu.

Satu legasi hebat dan terima Toyoda san!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…