Aksesori Ducati Performance untuk Streetfighter V2, ekzos Akra untuk litar sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Performance Ducati Streetfighter V2
Kit Ducati Performance untuk Ducati Streetfighter V2
Sudah menjadi kebiasaan untuk sesebuah motosikal diubahsuai. Pengeluar motosikal juga turut menyemarakkan minat tersebut dengan mengeluarkan aksesori rasmi.

Terbaru Ducati memperkenalkan barisan aksesori Ducati Performance untuk Streetfighter V2.

Secara asasnya Streetfighter V2 adalah motosikal sport naked yang sudah sedia garang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Performance Ducati Streetfighter V2

 

Banyak aksesori yang ditawarkan dan paling menyerlah ialah set sayap karbon dengan empat bilah.

Set ini direka untuk pemilik yang mahu lebih eksklusif dan mempertingkatkan lagi kawalan apabila di litar.

Selain diperbuat dari karbon, bentuk sayap ini direka menggunakan terowong angin.

Gentian karbon sememangnya banyak digunakan di dalam aksesori Ducati Performance.

 

Ducati Performance Ducati Streetfighter V2

 

Lagi komponen dari bahan itu ialah mudguard depan dan belakang, pelindung penyerap hentak belakang, pelindung panel meter, pelindung buku lali dan pemegang nombor pendaftaran.

Pelindung ekzos diperbuat dari karbon dan titanium.

Bersama Rizoma, Ducati turut mengeluarkan siri aksesori yang diperbuat dari potongan aluminium dengan pemesinan CNC.

Di antaranya ialah cermin pandang belakang, penutup tangki minyak, takungan bendalir brek dan klac.

 

Ducati Performance Ducati Streetfighter V2

 

Untuk borong sekaligus, Ducati menawarkan pakej Sport yang terdiri daripada pemegang nombor karbon, pegimbang pemegang (handlebar), penutup tangki, tuil brek dan klac dan lampu isyarat dinamik LED.

Tidak lengkap tanpa ekzos. Ducati menawarkan unit ekzos lengkap dari titanium yang direka dan dibangunkan oleh Akrapovič.

Ekzos ini bukan untuk jalan raya dan khusus untuk litar sahaja.

 

Ducati Performance Ducati Streetfighter V2

 

Ducati turut menawarkan DDA KIT untuk kegunaan di litar dan mempunyai fungsi seperti garisan penamat elektronik dan data seperti kelajuan, RPM, sudut pembukaan pendikit dan sebagainya.

Kesemua komponen tersedia di dalam laman web Ducati pada bahagian Configurator yang juga mengandungi nombor peralatan dan perincian.

Syok juga cuci mata!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Performance Ducati Streetfighter V2

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika dibandingkan dengan Streetfighter V4 yang sarat dengan elemen aerodinamik, Streetfighter V2…