Aksi 'wheelie': Suami direman, isteri dibebaskan

oleh Mohamad Hanif|
Laman berita Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki yang melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat di sini telah direman selama tiga hari bermula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini.

Bagaimanapun, perintah reman keatas isterinya yang berusia 16 tahun di tolak atas alasan sebagai saksi pertuduhan dan perlu dibebaskan.

Pasangan berusia 17 dan 16 tahun itu menyerah diri pada pukul 10 pagi selepas dua hari bersembunyi sebaik sahaja mengetahui mereka di buru oleh polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek esok bagi tujuan siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan, polis sedang memburu penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita dengan melakukan aksi berbahaya, dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan seorang lelaki dan wanita tersebut memakai sepersalinan baju melayu dan kurung berwarna biru muda memperagakan aksi berbahaya sambil menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar.

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pasangan yang berusia 16 dan 17 tahun itu telah menyerah diri pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis…