Aksi 'wheelie' tular, suami isteri ditahan

oleh Mohamad Hanif|
Sepasang suami isteri telah ditahan pada Khamis selepas aksi 'wheelie' yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di sini tular, menurut laporan Sinar Harian.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pasangan yang berusia 16 dan 17 tahun itu telah menyerah diri pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit bertindak menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis.

"Mereka kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara merbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ujarnya, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000, tidak lebih daripada RM15,000.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini…