Aktiviti merempit kembali di Georgetown

oleh Penyumbang Rencana|
Sekumpulan mat rempit cuba mengambil kesempatan sempena cuti kelepasan am pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan masing-masing melepaskan gian berlumba haram di beberapa lokasi tumpuan di negeri Pulau Pinang awal semalam tadi menurut laporan dari Kosmo.


Kehadiran mereka seawal pukul 1.30 pagi itu telah menjadikan lokasi di Pantai Seagate, Padang Kota Lama, Bayan Baru dan Jalan Udini dekat E-Gate sebagai port menguji kehandalan.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

 

Aktiviti yang sekian lama terhenti susulan kemalangan meragut nyawa lima penunggang motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Julai lalu itu dilihat kembali rancak dengan penglibatan lebih 100 penunggang termasuk pembonceng lelaki dan wanita.

 

Difahamkan, kehadiran sebahagian mereka didapati selepas selesai aktiviti berkonvoi membawa bendera parti.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Datuk M. Kumar, polis juga telah menahan seramai 23 orang…
Berita Domestik
"Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan aksi menunggang secara melulu dan…
Berita Domestik
"Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal…