Alami pemanduan lasak Mitsubishi XPANDER di Dataran Karnival Shah Alam hujung minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia menganjurkan program Mitsubishi XPANDER Venture Event pada 14 hingga 15 Januari ini yang membolehkan anda menikmati pengalaman pemanduan lasak crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi XPANDER.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Dataran Karnival, Perkarangan Shah Alam, Selangor, kemasukan adalah percuma dan dibuka kepada umum bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Para pengunjung boleh mengambil peluang untuk memandu uji sendiri XPANDER menerusi pelbagai laluan mencabar yang direka khas.

Seperti contoh, segmen Devil’s Angle membolehkan pengunjung menguji keupayaan XPANDER meredah laluan sukar serta jalan yang digenangi air, terima kasih kepada jarak kelegaan tanah 205 mm.
 

ZXpander


Pengunjung juga boleh menguji tahap keselamatan kawalan cengkaman XPANDER yang cemerlang menerusi ujian Roller Conveyer.

Akhir sekali, Agility Challenge di mana pengunjung boleh mengambil peluang menguji tahap pengendalian XPANDER yang menawarkan radius putaran sekecil 5.2 meter di laluan yang sempit dan sukar.

Selain berpeluang berinteraksi dengan selebriti terkemuka, pengunjung yang memandu uji akan menerima topi eksklusif Mitsubishi Motors, serta peluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah berupa Nintendo Switch, jam tangan G-SHOCK, serta jaket North Face.
 

Air


Pelanggan Mitsubishi yang menempah trak pikap Triton atau XPANDER berpeluang untuk membawa pulang tumbler Stanley 8oz.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru, pelanggan yang berjaya menempah dan mendaftarkan XPANDER boleh memilih untuk mendapatkan ansuran bulanan serendah RM798* atau kadar faedah rendah 2.38%* yang sah dengan Maybank atau Public Bank sahaja.

Pelanggan juga boleh memilih untuk program penukaran (trade-in) khas yang menawarkan bantuan RM2,000* untuk menukar kenderaan sedia ada kepada sebuah XPANDER baharu, sah sehingga 31 Mac 2023 dan tertakluk kepada terma dan syarat.
 

xpander


Mitsubishi XPANDER Venture Event ini akan turut berkunjung ke lokasi berikut:

  • Toppen Mall Outdoor Park, Johor (4-5 Februari 2023)
  • Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu (4-5 Mac 2023)