Alat penghad kelajuan secara mandatori dalam masa tiga tahun

oleh Mohamad Hanif|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Di Eropah (khususnya pasaran Britain), alat penghad kelajuan mungkin akan dipasang secara mandatori dalam usaha untuk mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. 

Menurut European Transport Safety Council (ETSC), alat keselamatan terbaharu ini dijangka akan menurunkan kadar pelanggaran trafik sehingga 30 peratus, menyelamatkan lebih 25,000 nyawa dalam jangka masa 15 tahun. 

Malah, ETSC juga turut mengesyorkan ciri suis on/off disertakan pada alat penghad ini bagi memudahkan para pengguna membiasakan diri. 

Sistem ini akan beroperasi secara automatik apabila enjin kereta dihidupkan, dan apabila ia mengesan kenderaan melebihi had laju yang dibenarkan, notifikasi amaran akan dikeluarkan sehinggalah pemandu mematuhi semula had kelajuan. 
 


Pada masa akan datang, pemasangan sistem kemasukan data pemanduan juga mungkin akan diwajibkan untuk mengesan pesalah-pesalah had kelajuan. 

Jadi, suka atau tidak, lambat laun kita akan terpaksa menerima hakikat bahawa ini semua bertujuan untuk menjadikan jalan raya tempat yang lebih selamat. 

Sumber: Express.co.uk