Alexandar Nanta - Kontrak penyelenggaraan jalan persekutuan tamat tahun depan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Tempoh perjanjian atau kontrak penyelenggaraan jalan persekutuan oleh beberapa syarikat konsesi akan tamat pada tahun depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagi memastikan kerja yang dilakukan berkualiti, pihaknya meletakkan skop baharu dalam perjanjian bagi syarikat konsesi yang bakal dilantik dengan memasukkan pelantikan auditor luar.

"Kami letakkan skop baru di dalam perjanjian syarikat konsesi yang akan dilantik tahun depan untuk dimasukkan pelantikan auditor luar.

"Ia supaya kualiti kerja yang dikendalikan oleh syarikat konsesi ini lebih terjamin kualitinya berbanding sekarang," katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai pendekatan yang sedang dirancang oleh Kementerian Kerja Raya bagi memastikan aspek penyelenggaran jalan raya diberikan perhatian secara lebih seimbang.

Alexander berkata, penambahbaikan itu dilaksanakan pihaknya bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya lebih baik di masa hadapan.

"Disebabkan itu, kita masukkan skop lantikan auditor luar bagi membantu kita memastikan kualiti kerja mereka lebih baik dan sempurna untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya," katanya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Justeru katanya, pada ada 30 Januari lalu pihak KKR sudah memberikan kelulusan kepada Cawangan…
Berita Domestik
"Projek membabitkan kerja pelebaran jambatan daripada dua lorong kepada empat lorong dalam usaha…
Berita Domestik
"Kementerian ini juga meneruskan pelaksanaan projek-projek strategik berskala besar seperti…