Alexander Nanta - Tiada jalan Persekutuan rosak akibat gempa bumi di Segamat

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan tidak ada jalan Persekutuan di Segamat dan Yong Peng yang terjejas akibat beberapa siri gempa bumi yang melanda kawasan daerah itu minggu ini.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) setakat ini tidak menemui sebarang kerosakan pada lebuh raya atau laluan jalan raya Persekutuan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada kerosakan pada jalan Persekutuan atau lebuh raya.

"Saya tak pasti jalan lain tetapi untuk untuk Jalan Persekutuan tidak ada kerosakan dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) Seksyen Satu Persimpangan Bertingkat Sungai Long- Persimpangan Bertingkat Ampang, pada Jumaat.

Katanya, Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan terus membantu agensi berkaitan untuk melakukan pemantauan berterusan khususnya di Johor.

Untuk rekod, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada Ahad, Rabu dan Khamis, dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

Pagi Jumaat, satu lagi siri gegaran berlaku di timur laut Segamat, jam 4.24 pagi. Gempa bumi berukuran 3.4 magnitud itu adalah gegaran keempat dalam minggu ini, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pemberian diskaun itu selaras agenda Kerajaan MADANI bagi menjaga perpaduan dan…
Berita Domestik
Katanya, beliau sendiri telah turun padang ke lokasi terlibat bagi meninjau keadaan sebenar dan…
Berita Domestik
Katanya beliau tidak dapat menjawab persoalan mengenai berapa lama kerajaan mampu meneruskan…