Alie Kuoppa - sasar ganding bahu dengan legenda Jepun untuk hasil Escort Rocket Bunny ke SEMA

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebut nama Rosli Mohamad Said, pasti ramai yang kurang mengenalinya tetapi bila nama Alie Kuoppa dipetik, ramai mula tersenyum dan mengangguk kenal.

Alie Kuoppa cukup disegani dalam dunia restorasi dan modifikasi kereta-kereta lama, dan hasil sentuhan beliau sering menjadi idola ramai.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02


Alie yang pernah Careta paparkan dengan jenama Atara Racing,  roda aloi gaya retro beliau yang sendiri nampaknya masih tidak puas hati dengan usaha-usaha beliau untuk menaikkan nama negara di persada gaya hidup permotoran dunia.

Walaupun sudah cukup gah dengan jenama Atara Racing dan acara Retro Havoc, anak Kuala Nerang, Kedah ini mahukan sesuatu yang lebih besar. 

 

 

 

Projek beliau kali ini nyata lebih besar - menghasilkan sebuah jentera "retromod" dengan kerjasama legenda-legenda Jepun, untuk dipamerkan di pertunjukan automotif kustom paling berpengaruh di dunia, SEMA Show di US.

Alie akan membina sebuah kenderaan kustom Ford Escort Mk 2 dengan menggunakan kit badan yang dihasilkan oleh Kei Miura, pengasas Pandem Rocket Bunny dari Jepun.

Hasil kerja Kei Miura jauh lebih popular dari tuannya sendiri - dan antaranya ialah kenderaan-kenderaan lebar dan rendah dari Liberty Walk dan juga Fat Five Racing Daigo Saito serta Toyota Hilux Pandem Toyo Tires yang pernah diuji dalam video Careta sendiri. 

Legenda Jepun itu kini akan berpasangan dengan Alie Kuoppa untuk penghasilan Ford Escort Mk 2 tersebut, khusus untuk acara Restomod Retro Havoc di Malaysia dan jika tidak ada aral melintang, ia akan dipamerkan di bawah payung Toyo Tires di SEMA Show tahun hadapan (syarikat tayar Jepun itu ialah penaja rasmi untuk kenderaan-kenderaan Kei Miura di SEMA).

 

 

Menurut Alie yang dihubungi melalui teks Whatsapp, beliau sudah memulakan projek ini bersama Hardcore Tokyo yang rapat dengan Kei Miura sejak awal tahun 2020.

Projek Escort Mk 2 ini khusus untuk tahun 2021 dan dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan.

Escort Mk 2 dipilih kerana Alie pernah menggunakan model yang sama ketika pengajian beliau di Uniten, tetapi model empat-pintu beliau itu hilang dicuri.

Alie juga akan menggunakan usaha bengkel tempatan 100 peratus untuk penghasilan Ford Escort Mk 2 Retro Havoc X Pandem ini. 

Bengkel J10Z Garage di Baling, Kedah sudah memulakan projek tersebut sejak bulan Oktober lalu, dengan penyiapan kerangka kenderaan tersebut sebelum dipadankan dengan kit badan dari Jepun.

 

 

"Saya yakin rakan saya, Jamal dari J10Z Garage mampu melakukan sesuatu yang terbaik," ujar Alie.

Alie juga mahu memperkenalkan satu lagi jenama tempatan, iaitu tempat duduk kustom dengan jenama Lucky yang dimiliki oleh Riefqy Roslan dari Nilai, Negeri Sembilan. 

"Anggaran kos yang diperlukan bagi projek ini ialah sekitar RM150,000 bagi melengkapkan proses baik-pulih enjin, panel badan serta kerangka, cat, pemasangan kit badan, rollcage, kabin dan lain-lain," terang Alie.

 

lucky seat

 

Alie mengalu-alukan syarikat korporat ataupun agensi kerajaan yang mahu turut serta dalam pembinaan istimewa ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Careta di Facebook kami

Sekiranya berjaya, projek ini bakal mengharumkan nama negara dan pada pendapat peribadi Careta, ini ialah projek automotif yang jauh lebih besar nilainya dari membayar jutaan ringgit kepada sebuah syarikat asing untuk membina motosikal kustom yang tidak mendapat liputan yang sepatutnya.

Untuk melihat bayangan projek Alie ini bila ia sudah siap, sila layari pautan di bawah untuk melihat video rendering yang telah dilakukan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jejari ditambah dari lapan kepada dan 12 untuk mengukuhkan roda aloi itu lagi dan memberikan…