Alih ke EV - Lebih 2 ribu pekerja Honda mohon bersara awal

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebih dari 2,000 pekerja Honda Motor memohon untuk persaraan lebih awal selepas syarikat kenderaan itu melakukan pengstrukturan untuk bersedia ke arah pembuatan lebih banyak kenderaan elektrik (EV).

Menurut laporan Nikkei Asia, jumlah pekerja itu adalah lebih kurang 5 peratus dari pekerja tetap syarikat Honda di Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda menawarkan program persaraan awal yang terbuka untuk mereka yang berusia antara 55 hingga 63 tahun. Pakej itu menawarkan pembayaran gaji selama hingga tiga tahun, di samping bayaran persaraan.

Program persaraan itu mula ditawarkan kepada pekerja dalam bulan April dan tamat Julai lalu. Jumlah permohonan melebihi dari unjuran awal iaitu sebanyak 1,000 permohonan.

Pakej persaraan awal itu diperkenalkan buat pertama kali dan separuh dari pemohon berusia di bawah 60 tahun sementara ada yang sudahpun bersara pada hujung bulan Julai lepas.

Perancangan Honda itu selari dengan usaha Honda untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja-pekerja berusia dalam masa ia mempercepatkan pembangunan EV dan pandu-kendiri (autonomous).

Tindakan itu juga akan menurunkan kos operasi agar seimbang dengan kos kajian dan pembangunan yang akan meningkat kerana perubahan fokus kepada EV.

 


 

 

Honda telah mengumumkan April lalu bahawa ia merancang untuk menjual EV dan kenderaan sel bahan api menjelang 2040. Ia melihat pekerja muda lebih memahami teknologi baharu untuk mencapai sasaran tersebut.

Honda mempunyai 40,000 pekerja (Mac 2021) di Jepun sahaja, tidak termasuk pekerja sambilan dan sementara.

Isu yang sama sebenarnya melanda industri automotif. Dalam tahun 2019, Nissan mengumumkan ia akan membuang seramai 10,000 orang pekerja di seluruh dunia menjelang Mac 2023.

Pembuatan EV tidak memerlukan pekerja seramai sekarang kerana ia mempunyai komponen yang hampir 50 peratus kurang dari kenderaan berenjin biasa.

Penghasilan kenderaan pandu-kendiri juga akan menyebabkan perubahan kepada sistem pengangkutan awam. 

Risiko kemalangan yang paling besar ialah pemandu dan kos operasi yang paling mahal juga ialah pemandu. Objektif utama pandu-kendiri ialah untuk mengurangkan risiko dan merendahkan kos.

*Laporan asal dari Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…
Berita Global
Antara puncanya ialah permintaan untuk kenderaan berenjin biasa semakin menurun di Jepun kerana…
Berita Global
Antara faktor yang yang mendorong kejayaan HondaJet adalah prestasi yang ditawarkan, ruang kabin…