Di Lebuhraya PLUS arah Selatan, aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan termasuk Seremban, Pedas Linggi dan Simpang Renggam.
Sementara itu, di arah Utara Lebuhraya PLUS, trafik turut perlahan di Sungkai, Gua Tempurung, Tapah, Terowong Menora dan Seberang Jaya.
Bagi arah Pantai Timur pula, aliran trafik mulai perlahan selepas Plaza Tol Gombak, Genting Sempah dan Bentong.
Sehingga jam 5 petang Jumaat, sebanyak 1.41 juta kenderaan direkodkan melalui lebuh raya utama di seluruh negara.
Sebanyak 29 lorong pintar (smart lane) turut dibuka di lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan.
Aliran trafik dijangka terus meningkat menjelang tengah malam apabila diskaun 50 peratus tol sempena perayaan Deepavali bermula pada jam 12.01 tengah malam.