All About the Drive Bonanza - Beli sebuah Toyota baharu, dan menang MPV Toyota Sienta!

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd menambahkan lagi kemeriahan dalam industri automotif negara apabila melancarkan kempen promosi terbaharunya "All About the Drive Bonanza" sepanjang Oktober ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Menerusi kempen ini, terdapat tiga peraduan berasingan yang dianjurkan oleh pihak Toyota yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik, termasuklah empat buah MPV Toyota Sienta sebagai hadiah utama. 

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, "Kami mengalu-alukan pelanggan untuk berkunjung ke bilik pameran Toyota, memandu uji dan merasai sendiri pengalaman pemanduan setiap model berkenaan."

"Kempen ini (All About the Drive Bonanza) merupakan salah satu cara kami untuk berterima kasih kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan padu kepada Toyota," tambah beliau. 
 


Berikut merupakan cara-cara untuk menyertai peraduan yang dianjurkan sepanjang kempen All About the Drive Bonanza Oktober ini

1. Sesi pandu uji

  • Kunjungi mana-mana ruang pameran Toyota
  • Pandu uji model baharu Toyota
  • Jawab soalan kuiz mudah selepas sesi pandu uji
  • Hadiah: Cenderahati, telefon pintar.

2. Sesi tempahan model baharu Toyota

  • Pelanggan yang telah menempah kenderaan baharu daripada Toyota layak untuk menyertai peraduan seterusnya
  • Hadiah: Pakej percutian. 

3. Peraduan utama

  • Layak untuk pelanggan yang meneruskan pembelian kenderaan baharu Toyota
  • Hadiah: Empat buah MPV Toyota Sienta
     


Setiap pembelian kenderaan Toyota disertakan dengan jaminan daripada pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, dan juga bantuan tepi jalan 24 jam/7 hari seminggu bagi tahun pertama pemilikan. 

Selain daripada All About the Drive Bonanza, Toyota juga bakal mengadakan Toyota Weekender pada 21-22 Oktober ini yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga sepanjang hujung minggu termasuklah jamuan ringan. 

Kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota berdekatan atau layari laman web toyota.com.my atau hubungi 1-800-8-TOYOTA (869682). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaku syarikat pelopor dalam industri automotif yang sedang berkembang sebagai penyedia servis…