All-Terrain Competition Study - 911 Rally Safari-Style oleh Singer

oleh Mohamad Hanif|
Singer Vehicle Design bukanlah satu entiti yang asing bagi para peminat jentera klasik Porsche yang mahukan kelainan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun menerusi model ACS (All-Terrain Competition Study) ia merupakan satu contoh yang terbaik bagi anda yang berminat untuk mentransformasikan sebuah jentera klasik 911 yang mampu menawan laluan off-road.

 


ACS direka dengan kerjasama pakar rali 911 Richard Tuthill, dan ia terdiri daripada dua jentera yang berbeza, model putih digunakan untuk rali padang pasir berkelajuan tinggi dengan liveri 953 Rothmans dan 959 Safari dari tahun 1980-an, manakala jentera merah pula direka untuk perlumbaan tarmac.

ACS merupakan kereta perlumbaan pertama Singer dan dibangunkan berdasarkan model Porsche 911 generasi 964 pada tahun 1990 menampilkan enjin 3.6 liter flat-six turbo berkembar dengan sejukan udara yang mampu menjana 450 kuasa kuda.

 


Selain daripada enjin flat-six 450 hp itu tadi, ACS menampilkan tetapan sistem pacuan semua roda, transmisi sekuential lima kelajuan, tangki bahan api yang lebih besar, serta dua tayar simpanan saiz penuh.

Sistem suspensi pula adalah jenis long-travel dengan penggunaan dua unit penyerap hentak boleh laras lima cara untuk setiap sudut, sementara sistem brek pula menggunakan angkup empat omboh.

 

 


Keempat-empat sudut didatangkan dengan rim aloi tempa bersaiz 16 inci yang dibaluti tayar BF Goodrich.

Untuk mengimbangi pertambahan berat, Singer telah menggunakan panel badan daripada gentian karbon, dan panel perlindungan bawah badan aluminium setebal 5 mm.

 

 


Di bahagian kabin terdapat sangkar keselamatan spesifikasi FIA, tempat duduk spesifikasi FIA jenis bucket, roda stereng kustom, sistem navigasi untuk pembantu pemandu, brek tangan hidraulik dengan rod karbon, serta sistem penghidratan terbina dalam untuk kedua-dua pemandu dan pembantu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Classic Study ini bermula sebagai sebuah Porsche 911 (964) Targa tahun 1990, di mana ia…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Porsche Motorsport North America sendiri dilaporkan akan…
Berita Global
Apa yang lebih menarik, boleh dikatakan tiada satu Porsche 911 yang menerima sentuhan Singer…