ALLIANZ MALAYSIA KENALKAN PRODUK PERLINDUNGAN KHAS EV, ALLIANZ EV SHIELD

oleh Firdaus Razani|
Allianz Malaysia Berhad baru-baru ini memperkenalkan sebuah produk insurans baharu iaitu Allianz EV Shield, khas untuk kenderaan Elektrik (EV) yang menampilkan perlindungan pertama dalam industri untuk mengecas secara mudah alih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, 28 Februari 2024.

Dengan Allianz EV Shield, pemilik dan pengguna EV tidak perlu risau dengan segala kemungkinan yang tidak diingini berlaku dan tiada kos tambahan dikenakan pada pengguna atau pemilik.

Allianz EV Rangers, perkhidmatan pertama dalam industri yang telah beroperasi di Lembah Klang, menyediakan perkhidmatan mengecas mudah alih yang boleh mengecas kenderaan untuk sampai ke fasiliti mengecas yang terdekat.

 

allianz

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, menceritakan faktor unik Allianz Road Rangers “Allianz General terus memperhalusi bantuan tepi jalan dan mengutamakan pelanggan.

“Dengan produk terbaru kami, kami telah mengenal pasti titik sentuh yang biasa dihadapi oleh pelanggan dan telah mereka penyelesaian yang menyeluruh.” katanya.

Pelanggan Allianz EV Shield akan mendapat manfaat yang melindungi pelbagai titik sentuh berkaitan produk pengecas EV yang bernilai seperti berikut;

- RM15,000 untuk kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kotak dinding pengecas.

-RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.

 

allianz

 

Selain itu, jika kejadian yang tidak diingini berlaku ketika menggunakan pengecas EV, sebuah perlindungan ehsan akan diberikan kepada mangsa seperti berikut;

-Perlindungan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan untuk kos pembaikan atau perubatan jika kenderaan rosak dan orang yang diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan.

-Perlindungan liabiliti peribadi sehingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga, atau kerosakan kepada harta pihak ketiga yang berlaku akibat daripada penggunaan pengecas dinding EV di rumah.

 

allianz

 

Sean Wang turut merujuk kepada perkhidmatan bantuan tepi jalan oleh Allianz Malaysia dalam ucapannya.

Beliau berkata “Dengan Perlindungan EV kami, pelanggan kami akan diberikan pengalaman yang premium yang disukai mereka. Jika berlaku kemalangan, serahkan sahaja kepada Allianz Road Rangers untuk menguruskannya.

“Pelanggan kami tidak akan dipaksa untuk berdepan dengan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang memaksa mangsa untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel yang tidak bertauliah.”katanya.

 

allianz

 

Allianz Malaysia bekerja keras untuk memastikan pelanggan tidak mengalami kesulitan selepas berlakunya kemalangan atau kerosakkan pada kenderaan mereka.

Allianz EV Shield ialah produk insurans terbaru yang sebahagian dari pakej penyelesaian insurans yang komprehensif dan bantuan tepi jalan yang disediakan untuk penyelesaian insurans motor.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk perlindungan tersebut, boleh layari melalui pautan ini; Allianz EV Shield dan Allianz Road Rangers.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang dianjurkan di ibu pejabatnya di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu telah memberi…
Berita Domestik
Pakej Rahmah Kenderaan persedirian menampilkan manfaat istimewa termasuklah bantuan kemalangan…
Berita Domestik
Dana Impak Sosial merupakan program utama Kumpulan Allianz yang menawarkan peluang strategik kepada…