Perkhidmatan praktikal yang dimulakan oleh Allianz di Lembah Kelang pada Jun 2020 itu kini boleh didapati di bandar-bandar di bawah:
- Johor Bahru
- Melaka
- Seremban
- Ipoh
- Pulau Pinang
- Alor Setar
- Kuantan
- Kuala Trengganu
- Kota Bharu
- Kota Kinabalu
- Kuching
Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah untuk menghubungi nombor talian 1800-22-5542, tetapkan waktu janji temu dan Allianz akan menghantar pasukan perkhidmatan bergerak Allianz ke lokasi pelanggan dalam tempoh sejam.
Tidak ada borang yang perlu diisi atau sebarang proses remeh yang perlu dihadap oleh pelanggan.
Menurut Ketua Pegawai Tuntutan Allianz General, Damian Williams, syarikat beliau kini mempunyai sejumlah 34 unit kenderaan bergerak untuk perkhidmatan tersebut.
"Kami mahu pelanggan kami yakin dengan penyelesaian pantas Allianz General apabila mereka memerlukannya," terang Williams.
Perkhidmatan tersebut ditawarkan khusus untuk pemegang polisi Allianz Motor Private Car Comprehensive perlindungan cermin kereta dengan perkhidmatan pembaikan di lokasi untuk cermin kereta yang retak atau rosak.
Ia tersedia dari hari Isnin hingga Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.