Alpha pamer pelbagai tawaran aksesori untuk trak pikap elektrik Wolf Plus - boleh jadi camper truck!

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah syarikat pemula kenderaan elektrik, Alpha Motors baru-baru ini memperkenalkan sebuah lagi varian trak pikap retro moden mereka, iaitu Wolf Plus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wolf Plus merupakan sebuah trak pikap elektrik dengan kapasiti penumpang empat orang pada satu-satu masa, dan hadir dengan bukaan pintu jenis suicide yang memudahkan urusan keluar masuk ke dalam kabin.

 


Walaupun dengan panjang 5,150 mm (berbanding 4,775 mm pada varian Wolf) dan ukuran panjang bed belakang 1,652 mm, Wolf Plus didatangkan dengan trenkuasa elektrik sama ada motor tunggal atau berkembar dan mempunyai keupayaan pecutan sepantas 5.9 saat dari 0-96 km/j.

Dengan pek bateri berkapasiti 85 kWh, trak pikap itu dikatakan mampu bergerak sejauh 437 km untuk sekali cas dengan keupayaan menunda beban seberat 3,050 kg.

 

 

Sementara ruang dalaman pula tampil minimalis dengan kehadiran dua skrin paparan berbentuk tablet, roda stereng yang ringkas, kehadiran slot pengecasan yang mencukupi serta ruang storan untuk penyimpanan barang.

Tidak cukup dengan itu, Alpha Motors turut memperkenalkan senarai aksesori yang boleh dimuatkan pada Wolf Plus seperti rak bumbung, bed extender, panel solar, serta khemah besar yang boleh dipasang melindungi bed belakang.

 


Tempahan untuk Alpha Wolf dan Wolf Plus telah pun dibuka dengan harga jualan sasaran bermula dari $36,000 (RM147,962) hingga $40,000 (RM164,380) untuk versi Plus.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, bagaimana pula cara bagi pengeluar berumur setahun jagung seperti Alpha Motor ini untuk…