Alphard/Vellfire super mewah dapat nama baru - Lexus LM350 & LM350h

oleh Mohamad Hanif|
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Walaupun para pengeluar automotif sedunia kini sibuk menumpukan perhatian kepada penghasilan SUV - termasuklah jenama super mewah seperti Bentley - Lexus percaya MPV masih lagi kekal penting sebagai salah satu keperluan. 

Kami pernah menyiarkan kenyataan daripada Presiden Lexus Filipina bahawa jenama mewah yang bernaung di bawah Toyota itu kini sedang menunggu masa untuk melancarkan model Alphard/Vellfire versi mewah. 

Kenyataan ini sebenarnya turut disokong dengan tindakan Lexus mendaftarkan tanda dagangan LM350 dan LM350h berdasarkan laporan daripada media China sebelum ini. 
 


Jika dilihat kepada format penamaan Lexus sebelum ini (LS bermaksa Luxury Sedan, UX bermakna Urban Crossover), amat mudah untuk meneka LM sebenarnya kemungkinan besar adalah Luxury MPV - merujuk kepada Alphard/Vellfire versi super mewah. 

Kehadiran huruf h di belakang turut membayangkan MPV mercu perdana ini bakal didatangkan dengan varian hibrid. 

Shanghai Auto Show bakal berlangsung tidak lama lagi, nantikan sahaja kejutan yang bakal dibawakan oleh Lexus pada acara tersebut bulan hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tambahan pula, beberapa rekaan model Toyota semakin menghampiri Lexus. Ini lah masa yang tepat…
Berita Global
Lexus IS 500 F SPORT Performance   Berusia lebih 20 tahun, kira-kira 1.3 juta unit merentasi…
Berita Global
Pada masa tersebut, Toyota masih belum dapat mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang dialami…