Alpina B4 2023 - 4-Series GC 495 hp, lebih pantas berbanding M4!

oleh Mohamad Hanif|
BMW sebelum ini menegaskan mereka tidak akan menawarkan talaan M kepada model 4-Series Gran Coupe.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, jenama Alpina yang baharu sahaja dimiliki oleh pengeluar tersebut kini tampil dengan sentuhan tersendiri terhadap model tersebut, dan ia dinamakan sebagai B4 Gran Coupe 2023.

Model 4-Series GC itu telah diberikan nafas baharu dimulakan dengan set rim bersaiz 20 inci Alpina Classic yang lebih ringan, dengan berat setiap satu hanyalah sekitar 12 kg sahaja.
 

B4 GC


Selain itu, Alpina turut membawakan pemasangan spoiler depan dan belakang bagi melengkapi imej coupe empat pintu yang cukup sporti itu.

Dari segi kuasa, Alpina telah menala kembali enjin enam silinder sebaris 3.0 liter di mana ia kini berupaya menghasilkan 495 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, jauh lebih berkuasa berbanding BMW M3/M4 standard (473 hp/550 Nm).

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.7 saat dengan kelajuan tertinggi 301 km/j dan sebagai perbandingan, model standard M3 dan M4 mampu memecut sepantas 4.1 saat dari pegun ke 100 km/j.
 

B4 GC


Aspek pemanduan dibantu dengan sistem suspensi sport Alpina yang mampu menawarkan dinamik pemanduan bertaraf tinggi tanpa berkompromi soal keselesaan.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan tayar Pirelli P Zero dengan kod pengeluar ALP - membawa maksud tayar ini diproduksikan khas untuk model B4 Gran Coupe ini.

Untuk pemanduan musim sejuk, Alpina menyarankan penggunaan tayar Pirelli Sottozero Series II ALP.
 

B4 GC


Tempahan untuk Alpina B4 Gran Coupe 2023 sudah pun dibuka di Jerman dengan harga jualan bermula dari €91,800 (RM430,641).