Alpina B5 2020 - kombinasi sedan dan wagon berkuasa 613 hp, 800 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah selesai pelancaran model facelift BMW 5 Series generasi ketujuh baru-baru ini, tiba giliran pengeluar Alpina untuk memperlihatkan versi tersendiri yang dibina berdasarkan model facelift 5 Series itu tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam hanya dua varian enjin sahaja, Alpina B5 dan D5 S juga boleh didapati dalam dua jenis bentuk badan, iaitu sedan dan juga wagon.

Dimulakan dengan Alpina B5, versi petrol ini didatangkan dengan enjin 4.4 liter bentangan V8 yang turut dimuatkan pada model-model BMW seperti M550i dan juga BMW M5.

 


Enjin yang telah ditala semula ini mampu menghamburkan 613 kuasa kuda dan 800 Nm, terima kasih kepada perubahan terhadap sistem penyejukan, intercooler baharu, sistem ekzos yang lebih lawas dan talaan terhadap ECU.

Dengan kehadiran sistem pacuan semua roda, sistem transmisi automatik lapan kelajuan dan LSD mekanikal pada gandar belakang, Alpina B5 mampu memecut sepantas 3.4 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi 330 km/j.

Sementara versi diesel Alpina D5 S didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang turut menerima beberapa naiktaraf terhadap sistem penyejukan, sistem ekzos dan ECU,

 


Tidak seperti B5, Alpina D5 S hadir dengan bantuan mild-hybrid 48 voltan yang memberikan ekstra 11 kuasa kuda ketika pecutan kasar, menjadikan output maksimum 342 hp dan 730 Nm.

Oleh kerana Alpina D5 S didatangkan dengan sistem mild-hybrid, penambahan komponen itu memberikan kesan kepada prestasi di mana pecutan Alpina D5 S sedikit perlahan, 4.8 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi 275 km/j sahaja.

 


Selain daripada enjin, Alpina juga turut menaiktaraf casis 5 Series sedia ada dengan penambahan penyerap hentak kawalan elektronik, spring yang lebih keras, brek cakera bersaiz besar, serta sistem pemberhentian yang terdiri daripada angkup brek empat omboh di hadapan dan angkup terapung omboh tunggal di belakang.

Alpina B5 turut dilengkapkan dengan sistem stereng roda belakang elektromekanikal, ciri yang membolehkan pengendalian yang lebih baik pada kelajuan yang rendah serta kestabilan pada pemanduan berkelajuan yang tinggi.

 


Namun, dari segi kosmetik, kedua-dua model membawakan ciri-ciri yang serupa seperti bumper hadapan serba baharu yang menampilkan bukaan udara 40 peratus lebih besar, bumper belakang dengan tip ekzos berkembar kiri dan kanan, rim Alpina 20 inci.

Sementara ciri lampu LED BMW Laserlight ditawarkan sebagai ciri opsyen.

 

 


Sebagai sebuah model yang lebih mewah, Alpina menawarkan pelbagai pilihan warna untuk upholsteri ruang kabin, serta roda stereng balutan kulit serba baharu.

Seperti sebuah 5 Series, Alpina B5 dan D5 S juga turut didatangkan dengan skrin instrumen digital dan skrin infotainmen masing-masing bersaiz 12.3 inci dengan ciri grafik yang spesifik untuk model-model Alpina.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala itu baru-baru ini telah mengemaskini penawaran B5 dengan melancarkan Alpina B5 GT…
Berita Global
Namun, jenama Alpina yang baharu sahaja dimiliki oleh pengeluar tersebut kini tampil dengan…
Berita Global
Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Alpina dikatakan akan terus menghasilkan model-…