Alpine A110 R Turini debut tanpa rim gentian karbon, RM532k di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Sejak mula diperkenalkan di pasaran global pada tahun 2017, kereta sports pacuan roda belakang Alpine A110 itu boleh didapati dalam pelbagai edisi terhad termasuklah versi A110 R yang direka khusus untuk kegunaan litar dan versi Fernando Alonso.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah alternatif yang lebih mampu milik kepada model A110 R yang disebutkan tadi.
 

R


Beza antara A110 R Turini dan A110 R ialah ketiadaan rim gentian karbon yang mampu mengurangkan lagi berat sebanyak 34 kg.

Walaupun dibekalkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci, Alpine A110 R Turini masih lagi mengekalkan ciri seperti hud depan, pelindung enjin, sirip depan, sayap belakang dan diffuser yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.
 

R


Alpine A110 R Turini masih lagi kekal dengan enjin empat silinder sebaris 1.8 liter turbo yang sama digunakan oleh Renault Megane RS, dengan hamburan kuasa 300 hp dan 340 Nm.

Untuk makluman, Alpine menawarkan model A110 R Turini dengan harga bermula dari €106,000 (RM532 ribu) di pasaran Eropah.
 

alpine


Jika anda mahukan alternatif yang lebih murah, A110 versi asas boleh didapati pada harga bermula dari €65,000 (RM326,464), diikuti €76,000 (RM381,712) untuk varian GT dan €77,500 (RM389,246) untuk varian S.

Bagaimana pula dengan varian A110 R yang disebutkan tadi? Anda perlu menyediakan wang berjumlah €112,000 (RM562,523).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada Mac lalu Alpine memperkenalkan A110 San Remo 73 sempena ulang tahun ke-50 kemenangan…