Alpine A290_B - hot hatch berkuasa elektrik dengan tempat duduk pemandu di tengah

oleh Mohamad Hanif|
Alpine mahu memeriahkan dunia kereta elektrik dengan kehadiran hot hatch, dan hasrat tersebut diperlihatkan menerusi kehadiran model konsep yang dinamakan sebagai Alpine A290_ß.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Secara ringkas, versi produksi sebenar Alpine A290_ß akan dibangun berdasarkan platform Renault 5, dan tidak menghairankan apabila kedua-dua model ini membawakan iras yang hampir serupa.
 

A290


Namun begitu, Alpine A290_ß membawakan penampilan yang lebih sporti, terima kasih kepada dimensi trek yang lebih lebar, diikuti dengan rim 20 inci yang dibaluti tayar Michelin, lampu dengan grafik X, serta penggunaan bahan karbon seakan batu pada spoiler, tambahan skirt sisi dan arka roda.

Berita baiknya, reka bentuk yang dipamerkan pada model konsep ini sebahagian besarnya akan dikekalkan pada model produksi sebenar.
 

A290


Rekaan ruang kabin pula banyak mengambil inspirasi daripada sukan permotoran, dan disebabkan itu jentera ini mempunyai sangkar keselamatan  dan tetapan tiga tempat duduk di mana pemandu duduk di bahagian tengah jentera, sementara dua penumpang duduk di bahagian sisi kiri dan kanan pemandu.

Disebabkan pemasangan sangkar keselamatan itu juga, hanya pintu hadapan sahaja yang boleh dibuka untuk memberi laluan kepada penumpang untuk masuk dan duduk di atas kerusi jenis bucket yang diperbuat daripada karbon 100 peratus dan dibaluti bahan Alcantara.

Sifatnya sebagai sebuah hot hatch membuatkan Alpine A290_ß tidak mempunyai sebarang skrin bertujuan untuk mengelakkan gangguan kepada pemandu.
 

A290


Terdapat juga fungsi OV (overtake) yang membolehkan pemandu menikmati tujahan kuasa tambahan selama 10 saat yang boleh dicapai menerusi butang pada roda stereng.

Usah risau kerana versi produksi sebenar A290_ß dijangka akan membawakan susun atur dalaman yang lebih konvensional namun lebih berorientasikan pemandu.

Spesifikasi teknikal Alpine A290_ß masih lagi belum didedahkan secara rasmi.
 

A290


Apa yang diketahui, model ini mempunyai tetapan dua motor elektrik, serta tiga mod pemanduan iaitu Wet, Dry, dan Full (output maksimum), dengan teknologi bateri 52 kWh yang mampu membenarkan jarak gerak sehingga 394 km.

Ciri lain termasuklah suspensi belakang jenis multilink dan teknologi peredam suspensi yang dipinjamkan daripada kereta sports Alpine A110, diikuti mod brek regeneratif dan sistem brek yang terdiri daripada angkup brek Brembo dan rotor sebesar 320 mm di hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berkongsi pelantar Renault 5, terdapat perbezaan di antara dua model tersebut dengan ukuran…
Berita Global
  Pada Mac lalu Alpine memperkenalkan A110 San Remo 73 sempena ulang tahun ke-50 kemenangan…
Berita Global
Kedua-dua syarikat itu sebelum ini telah menandatangani memorandum persefahaman pada Januari 2021,…