Alpine nama baharu pasukan F1 Renault untuk musim depan

oleh SALINA JALIL|
Renault akan menukar nama pasukan Formula Satu (F1) kepada Alpine bermula musim depan, umum pengeluar dari Perancis itu.

"Kami akan berlumba di bawah nama Alpine," Ketua Eksekutif Renault, Luca de Meo memberitahu pada sidang media di Monza menjelang Grand Prix Itali.

Dia turut mengesahkan kedudukan Cyril Abiteboul yang kekal sebagai prinsipal pasukan serta mendedahkan kereta pasukan akan menerima sentuhan dengan warna merah, putih dan biru seperti bendera Perancis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Renault sudah berada dalam F1 sejak 43 tahun dan namanya akan tetap kekal di enjin," kata De Meo.

Jenama Alpine berprestasi tinggi Renault memasuki F1 selepas bersaingan dengan cara berbeza menerusi rali di mana mereka memenangi kejuaraan Dunia pada 1973 dan sirkit endurance.

Bagi musim 2021, pelumba Perancis, Esteban Ocon akan disertai oleh Fernando Alonso yang diumumkan pada Julai lalu sebagai pengganti buat Daniel Ricciardo yang akan menyertai McLaren.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…