Alpine sahkan pembangunan hot hatch elektrik guna asas Renault 5

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif sports Perancis, Alpine mengesahkan kehadiran model hot hatch berkuasa elektrik yang bakal menggunakan asas daripada Renault 5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model tersebut merupakan sebahagian daripada garaj impian yang bakal terdiri daripada sebuah SUV coupe dan sebuah kereta sports yang dibangunkan bersama Lotus.

Menurut naib presiden eksekutif kejuruteraan Alpine, Gilles le Borgne menjelaskan kepada Auto Express, hot hatch R5 itu bakal menampilkan motor elektrik yang lebih berkuasa diperoleh daripada Megane EV, menghasilkan 215 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa enam saat.

 

sumber: Auto Express UK


Tambah beliau lagi, hot hatch R5 itu bukan sahaja menampilkan senibina kompak CMF-BEV, akan tetapi diubah suai beberapa aspek seperti jarak trek supaya penampilan R5 Alpine itu tampak lebih sporti, serta bateri yang lebih besar (52 kWh) yang membenarkan jarak operasi sejauh 322 km.

Dari segi pengendalian, R5 Alpine itu bakal menampilkan casis dengan suspensi MacPherson di hadapan, serta konfigurasi multi-link di bahagian belakang.

Sementara model SUV itu pula bakal memuatkan konfigurasi motor elektrik untuk kedua-dua gandar.

 

sumber: Auto Express UK


"Untuk platform CMF-EV kami akan menggunakan motor elektrik berkuasa 215 hp, namun untuk bahagian gandar belakang ada kejutan besar untuk anda. Kami mahukan ciri torque vectoring, pengendalian yang mengujakan dan prestasi yang anda boleh bayangkan daripada sebuah Alpine.  

Kereta sports yang dibangunkan bersama Lotus itu difahamkan merupakan pengganti kepada model A110, namun Le Borgne tidak menyertakan butiran lanjut.

Sumber: Auto Express UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara ringkas, versi produksi sebenar Alpine A290_ß akan dibangun berdasarkan platform Renault 5,…
Berita Global
Menjelang pelancaran sebenar model elektrik tersebut pada tahun depan, Renault telah mendedahkan…
Berita Global
Menurut Legende Automobiles, Renault 5 Turbo 3 dibangunkan berdasarkan casis Renault 5, namun…