ALVA ONE XP DILANCARKAN DI INDONESIA - BERKELAJUAN 90KM/J, JARAK GERAK 70KM

oleh Firdaus Razani|
Syarikat motosikal elektrik Indonesia, Alva baru ini di Indonesia International Motor Show 2024 (IIMS) melancarkan versi kemas kini terbaharu yang lebih fokus pada tema gaya hidup iaitu One XP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan variasi pilihan warna baharu yang lebih menarik dengan dua tona warna.

Alva One XP versi terbaharu ini tampil dengan pilihan warna yang baharu dengan jaluran dan spektrum warna baharu iaitu Edgy Turquoise, Supernova Black, Casual Blue, Indie Red dan Halo White.

 

alva

 

Selain itu, kemas kini yang dibuat pada model ini adalah, skrin paparan pelbagai maklumat juga telah ditukar kepada Dynamic TFT yang secara automatik dilaraskan mengikut waktu tunggangan sama ada pada waktu siang atau malam.

Tambahan itu, pemacu hab-drive Alva One XP juga telah dipertingkatkan yang boleh menghasilkan sehingga 46.5Nm tork serta mencapai kelajuan maksimum sehingga 90kmj.

One XP menggunakan bateri jenis lithium yang berkapasiti 2.7kWh (60V - 45 Ah) dengan pengecasan penuh, Alva One XP mampu mencapai jarak bergerak sehingga 70km.

 

alva

 

Ciri-ciri lain yang terdapat pada motosikal elektrik ini adalah, ia mempunyai sambungan telefon pintar melalui My ALVA seperti pemeriksaan status bateri, jejak lokasi secara langsung, sejarah perjalanan dan bantuan perkhidmatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alva, Purbaja Pantja, motosikal elektrik itu dibangunkan bukan sahaja untuk fokus pada sifar pelepasan karbon tetapi juga untuk bergaya.

 

alva

 

Model One XP itu telah memperoleh pensijilan ISO 9001 untuk Pengurusan Kualiti dan ISO 14001 untuk Pengurusan Alam Sekitar.

Harga rasmi yang dijual di Indonesia adalah pada harga 38.5 Juta Rupiah Indonesia iaitu bersamaan RM11,600.

 

SUMBER : AutoNetMagz