Amanda Zhang kini CEO, Presiden Mercedes-Benz Malaysia ganti Sagree Sardien

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia telah melantik Amanda Zhang sebagai CEO dan Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, serta Ketua Wilayah Mercedes-Benz Cars SEA II berkuatkuasa 1 Ogos 2023 yang lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau akan meneruskan peranan yang ditinggalkan oleh CEO & Presiden terdahulu, Sagree Sardien yang kini akan memegang jawatan sebagai Ketua Wilayah Luar Negara Mercedes-Benz Cars di Stuttgart.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Sagree Sardien telah memainkan peranan penting terutama di dalam membina agenda mobiliti elektrik di Malaysia seperti memperkenalkan barisan kenderaan mewah berkuasa elektrik termasuklah melancarkan model pemasangan tempatan Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC.

Selain daripada itu, di bawah kepemimpinan beliau Mercedes-Benz Malaysia turut meningkatkan lagi penawaran dan pengalaman pelanggan yang lebih mewah menerusi transformasi digital dalam pelaksanaan model agensi Runcit Masa Depan.

Amanda Zhang memulakan perjalanan kerjayanya menerusi Daimler's International Management Associate Programme sejak lebih 20 tahun yang lalu, dan pernah menyertai Wilayah Eropah pada tahun 2014.

Daripada situ, beliau mempunyai kepakaran di dalam pengurusan produk dan pemasan, serta kepakaran di dalam bidang digital yang membolehkan beliau meningkatkan Operasi Perjalanan Pelangganm di pasaran Eropah.

Sebelum memulakan tugas di Malaysia, Amanda Zhang pernah memegang jawatan sebagai CEO Mercedes-Benz Romania.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sagree Sardien memiliki pengalaman selama 20 tahun di dalam industri automotif dan dalam tempoh 13…