Amazon haram jual 'dummy buckle' di pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Dummy buckle, atau alat nyahaktif penggera tali pinggang keledar merupakan antara produk kegemaran sesetengah rakyat Malaysia yang tidak gemar pakai tali pinggang keledar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di India, pihak Amazon akan menghentikan segala penjualan produk yang mampu menyahaktif penggera tali pinggang keledar.

Bercakap kepada Reuters, Amazon menjelaskan pihaknya akan mengeluarkan segala penawaran produk yang berkaitan, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjual yang masih lagi berdegil.

Langkah pengharaman tersebut dibuat selepas seorang ahli perniagaan terkenal Cyrus Mistry dilaporkan mati di dalam kemalangan jalan raya akibat tidak memakai tali pinggang keledar.
 

tali pinggang keledar


India merupakan pasaran kereta keempat terbesar di dunia, dan dalam tempoh tahun 2021 sahaja dicatatkan lebih daripada 150,000 orang maut akibat kemalangan, atau satu kematian untuk setiap empat minit.

India merancang untuk mewajibkan penggera tali pinggang keledar bukan sahaja untuk tempat duduk baris depan, malah diperlukan untuk tempat duduk belakang.

Langkah ini diharap dapat membendung dan mengurangkan separuh kadar kemalangan dan kematian menjelang akhir 2024.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia selaras dengan komitmen PETRONAS untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang…
Berita Global
Penghantaran lori FH Electric itu akan dilangsungkan sehingga hujung tahun ini walaupun Volvo…
Berita Global
Sebelum ini, Amazon diberitakan telah menempah kira-kira 100,000 unit van elektrik dari Rivian, dan…