Amazon tempah 100 ribu van komersil Rivian!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai satu ikrar untuk memastikan syarikat itu mencapai misi karbon neutral menjelang 2040, Amazon mahu keseluruhan barisan kenderaannya terdiri daripada EV yang bebas pengeluaran emisi.

Dan untuk itu, menurut CEO Amazon, Jeff Bezos berkata, syarikatnya mahu menempah kira-kira 100,000 buah van komersil dari syarikat Rivian Automotive.

Selain daripada itu, syarikat penghantaran barang itu juga turut  berazam untuk menggunakan 100 peratus tenaga yang boleh diperbaharui menjelang 2030, berbanding 40 peratus yang diamalkan masa kini. 

Tambah Bezos lagi, EV pertama hanya akan mula beroperasi menjelang tahun 2021 dan ia akan meningkat secara berperingkat sehinggalah kenderaan yang ke-100,000 selesai diedarkan pada tahun 2024.

Hal ini disahkan sendiri oleh wakil Rivian yang menyatakan bahawa van komersil EV ini akan diproduksikan di Illinois dengan sekurang-kurangnya 10,000 unit akan diedarkan menjelang akhir tahun 2022.

 


Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang menarik, isu ini bukan berpunca daripada kecacatan pemasangan kilang, sebaliknya berkaitan…
Berita Global
Basikal Elektrik Dengan Teknologi “Pedal-By-Wire” TM-B bukan sekadar e-bike biasa. Ia direka…
Berita Global
  Pada peringkat awal, syarikat akan berpusat di Palo Alto, California, Amerika Syarikat dan…