AMITEC MEMPERKENALKAN RAIDER R150FI DENGAN LIVERY KHAS, HARGA DARI RM8,988

oleh Firdaus Razani|
Bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dalam bidang sukan permotoran di bawah AFY Mobility Industries (AMI), AMITEC baharu sahaja melancarkan edisi khas Suzuki Raider R150Fi EWC1 – Endurance Series.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal perlumbaan Endurance Series memenangi trofi berganda oleh pasukan perlumbaan Suzuki.

raider

Pengenalan Raider R150Fi EWC1 kepada pasaran juga merupakan satu bukti buat pasukan AMITEC yang terus bersemangat dalam melaksanakan program penjenamaan.

 

raider

 

Pada masa ini, Raider versi EWC1 bakal mengekalkan spesifikasi standard Suzuki Raider R150Fi dan hanya memfokuskan transformasi grafik visualnya.

Dari segi spesifikasi, ia mengekalkan enjin silinder tunggal 147 cc dengan kuasa output 18 hp @ 10,000 rpm dan 13.8 Nm @ 8,500 rpm.

 

raider

 

Ia turut sebagai penghormatan kepada warisan serta deretan trofi kejuaraan kejohanan perlumbaan ketahanan ‘Endurance’ oleh pasukan pengeluar Suzuki.

raider

Projek ini seterusnya menyasarkan komitmen berterusan AMITEC untuk meningkatkan prestasi dan menyesuaikan model Raider untuk sejumlah perlumbaan yang bakal disertai pada masa akan datang.

raider

Sekaligus projek ini juga berkelangsungan dengan pengenalan awal edisi khas Raider AS25 pertama mereka pada tahun 2022.

Model EWC1 ini semestinya menjanjikan penawaran pilihan Raider yang lebih unik dan mengujakan kepada peminat motosikal di Malaysia.

Harga jualan bagi edisi khas Raider R150Fi EWC1 – Endurance Series adalah bermula dari RM8,988.

 

raiderraider

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja, Suzuki Raider R150 edisi khas ini turut didatangkan dengan…