Anak bengang dengan bapa, minta Civic tapi dapat Myvi

oleh Mohamad Hanif|
Kami biasanya jarang untuk menaikkan kisah-kisah pengakuan yang wujud di dalam laman sosial, namun kisah yang ditemukan kali ini amat mencuit hati dan wajar dikongsikan kepada para pembaca.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang anak muda (kami syak pelajar Universiti swasta) membuat hantaran menerusi laman web UTAR Confessions menceritakan kisah bapanya yang dikatakan kedekut untuk membelikan sebuah Honda Civic.

Kisahnya bermula apabila bapanya telah menjanjikan untuk membeli sebuah Honda Civic beberapa bulan yang lalu, akan tetapi dia bengang apabila mendapati 'kereta baharu' itu sebenarnya adalah sebuah Perodua Myvi.

Bengang dengan bapanya, anak muda itu lantas masuk ke rumah dan tidak bercakap langsung dengan bapanya yang baharu sahaja membelikan Myvi tersebut secara tunai.

 


Pengaku itu turut mempersoalkan kenapa bapanya yang dikatakan mampu memandu sebuah Volvo berharga RM300 ribu akan tetapi tidak mahu membelikan sebuah Honda Civic yang hanya berbeza harga puluhan ribu ringgit itu.

Hanya kerana Myvi, anak muda itu berasa malu untuk bergaul dengan rakan-rakan yang kebanyakannya memandu BMW dan Volkswagen.

Kisah penuh anak muda yang tak puas hati dapat Myvi ini boleh dibaca pada pautan INI.