Anak calarkan kereta Audi baharu - ibu bapa terpaksa bayar ganti rugi RM118 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Sepasang suami isteri terpaksa membayar harga yang agak mahal apabila anak perempuan mereka didapati mencalarkan 10 buah kereta Audi ketika sedang melawat pusat pameran kenderaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika kejadian, keluarga tersebut sedang menemani rakan mereka untuk menyelesaikan urusan, tanpa menyedari anak perempuan yang berusia 3 tahun itu secara senyap-senyap membawa masuk batu dan kemudian mencalarkan kereta pameran - termasuklah sebuah Audi Q8 berharga sekitar RM117,494!

Pihak pengurusan pusat pengedar Audi kemudian menyaman bapa kanak-kanak tersebut, Encik Zhao dengan jumlah pampasan mencecah RMB200,000 (RM118 ribu) sebagai ganti rugi.

 


Tambah mereka lagi, kenderaan yang telah dirosakkan itu tidak lagi boleh dijual sebagai kenderaan baharu, walaupun ia telah dicat baharu atas alasan iklan palsu dan penipuan yang boleh dikenakan denda sehingga tiga kali harga kenderaan jika disabitkan kesalahan. 

Oleh itu, kereta yang telah dirosakkan hanya boleh dijual sebagai kenderaan terpakai dengan harga yang lebih rendah.

Menurut Lingui People's Court, Zhao pada mulanya menolak tuntutan bayaran pampasan bernilai sehingga 200,000 RMB itu, namun mereka bersepakat untuk menyelesaikannya pada harga yang lebih rendah - 70,000 RMB (RM41,278).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…