'Anak' John DeLorean disaman kerana hasilkan 'DMC-21'

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki bukan sahaja mengaku sebagai anak kepada pengasas DMC John DeLorean, malah beliau juga turut menghasilkan sebuah produk yang hampir menyamai model ikonik DMC-12!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Produk yang dimaksudkan merujuk kepada DMC-21, atau lebih tepat lagi merupakan sebuah Reliant Robin beroda tiga yang telah diberikan penampilan seakan sebuah DeLorean DMC-12 seperti pintu gullwing, rekaan gril, serta kemasan cat yang hampir serupa.
 

DMC-21


Meskipun laman web Ty mendakwa DMC-21 itu "asalnya direka pada tahun 1981", namun tiada sebarang petunjuk yang dapat membuktikan DeLorean Motor Company pernah merancang untuk memperkenalkan kenderaan beroda tiga.

DMC-21 didatangkan dengan enjin bersesaran 850 cc yang mampu menghasilkan 40 kuasa kuda, dan syarikat itu mendakwa ia mampu mencapai kelajuan sehingga 161 km/j.

Satu angka yang agak menakutkan untuk sebuah kenderaan beroda tiga.
 

DMC-12 yang asal
DMC-12 yang ori.


Sementara ruang kabin pula dikatakan dilengkapi dengan Flux Capacitor palsu sama seperti kereta DMC-12 dalam filem Back to The Future, selain karpet, roda stereng dan tombol gear berjenama DMC.

Pada ketika ini, Ty sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana beliau telah melanggar hak dan tanda dagang yang telah didaftarkan oleh DeLorean Motor Company di UK.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, Alpha5 kini berstatus sebagai sebuah kereta elektrik Grand Tourer…