Anak John DeLorean tidak gembira dengan kehadiran EV Alpha5

oleh Mohamad Hanif|
DeLorean Alpha5 seperti yang diketahui merupakan jelmaan moden kepada model mesin masa ikonik DeLorean DMC-12 yang muncul era 80-an.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti model terdahulu, Alpha5 kini berstatus sebagai sebuah kereta elektrik Grand Tourer mewah namun masih lagi mengekalkan beberapa elemen yang wujud pada model asal, yang paling jelas ketara adalah kehadiran pintu bukaan gullwing.

Namun, tidak semua bergembira dengan kelahiran semula model tersebut.

 


Selain daripada sesetengah pihak yang mungkin merasakan ia terlalu moden, waris kepada DeLorean itu sendiri merasakan kereta itu tiada kaitan langsung dengan syarikat asal.

Dalam satu hantaran di Instagram, anak kepada John DeLorean, Kat DeLorean Seymour menjelaskan, "@deloreanmotorcompany bukanlah syarikat John DeLorean. DMC tidak berusia 40 tahun dan tidak ada kaitan langsung dengan keluarga DeLorean, atau legasi bapa saya.
 

Delorean


Laman Instagram Kat juga turut menyenaraikan sebuah laman web dengan nama dan domain yang berbeza berbanding syarikat Delorean Motor Company.

Turut disertakan dalam laman web tersebut adalah lakaran sebuah model yang cukup futuristik yang turut menampilkan ciri-ciri DMC-12 seperti pintu gullwing, roda rekaan kipas turbo dan susun atur dua tempat duduk.
 

DeLorean Alpha5


Kereta konsep yang ternyata berbeza daripada Alpha5 ini sebenarnya dihasilkan oleh pereka Angel Guerra dan Allan Portilho sebagai satu tribut kepada model asal DMC-12.

Rekaan tersebut kemudian menarik perhatian Kat DeLorean yang kemudian meminta kedua-dua artis tersebut untuk berganding bahu dengannya dalam usaha "untuk menyebarkan impak positif yang dibawakan oleh bapa dan hasil rekaannya kepada dunia".

Baca: DeLorean Alpha5

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Produk yang dimaksudkan merujuk kepada DMC-21, atau lebih tepat lagi merupakan sebuah Reliant Robin…