Anak kahwin, David Beckham hadiahkan EV Jaguar XK140 1954 by Lunaz

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jaguar XK140 1954 by Lunaz
Jaguar XK140 1954 by Lunaz
Ikon bola sepak David Beckham meraikan perkahwinan anak beliau, Brooklyn dengan menghadiahkan sebuah model elektrik Jaguar XK140 Open Two Seater (OTS) by Lunaz.

David Beckham sebenarnya adalah pelabur di dalam Lunaz, sebuah syarikat pengeluar kenderaan penumpang, komersial dan industri bernadikan elektrik.

Unit yang dihadiahkan ini dibuat khas dan memerlukan ribuan jam untuk disiapkan di kilang Lunaz yang terletak di Silverstone, England. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
David Lorenz dan David Beckham

 

Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh menamakan sendiri warna mengikut pilihan mereka.

Cuma warna rasmi yang digunakan untuk unit ini dirahsiakan mengikut pilihan pemiliknya.

Bahagian dalam dibaik pulih sepenuhnya dan menggunakan warna krim cerah yang membangkitkan aura mewah dan klasik.

Dalam mengubahsuai kereta sebegini adalah penting untuk mengekal identiti asal sebaik mungkin.

 

Jaguar XK140 1954 by Lunaz

 

Lunaz menyorokkan perkakasan moden dengan jarum dan meter dibuat mengikut rekaan asal Jaguar dan sedikit perubahan untuk memaparkan maklumat bateri dan fungsi-fungsi yang diperlukan.

Sebagai sebuah kereta dengan transformasi elektrik, Lunaz meningkatkan keupayaan brek, suspensi dan stereng agar dapat dipandu dan dinikmati setiap hari.

Lunaz tidak memberikan maklumat lanjut tentang maklumat bateri dan kuasa.

Dari carian yang dibuat, rangkaian kuasa Lunaz dibangunkan sendiri dengan kapasiti bateri dari 80 - 120 kWh dan jarak gerak 410 kilometer.

 

Jaguar XK140 1954 by Lunaz

 

Harga untuk sebuah unit bermula dari £350,000 (RM1,929,826) dengan senarai menunggu sehingga Januari 2024.

David Beckham mengumumkan pelaburan di dalam Lunaz pada Jun 2021 dengan pemilikan sebanyak 10 peratus.

Lunaz ditubuhkan pada tahun 2018 dan selain mengubahsuai model klasik kepada nadi elektrik, syarikat juga bakal mengeluarkan lori untuk kegunaan industri.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Jaguar XK140 1954 by Lunaz