Anak kecil bukan patung ujian pelanggaran!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Setiap hari di mana-mana sahaja kita dapat lihat si ibu memangku si anak "kesayangan" mereka di riba dalam kenderaan yang bergerak. Lebih "hebat" lagi ada yang memangku anak sambil memandu!! Betul kan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walau berapa banyak berita tentang kecederaan parah atau kematian melibatkan kanak-kanak tersebar di akhbar atau media sosial, masyarakat kita masih belum ambil iktibar..

"Aahh itu anak orang lain.. Berlaku pada orang lain.. InsyaAllah aku dan anak akan selamat.. Aku akan pegang erat anak aku ni.. Mana mungkin aku akan terlepas pegangan jika kemalangan."

"Anak-anak aku sebelum ni dah 3-4 orang tak pernah pakai childseat pun hidup membesar elok je.. Dah ajal dia macam tu siapa kita nak kata apa-apa kan.."

Apa lagi alasan yang ramai di kalangan kita akan beri agaknya.. Bila kerajaan umumkan untuk mewajibkan penggunaan kerusi kanak-kanak pada tahun 2020, bukan main ramai rakyat kita yang melatah.. Tak perlu huraikan la apa yang dilatahkan tu kita semua dah tahu.

 

 


Kerajaan Malaysia pun dah jauh ketinggalan di belakang dalam bab penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak ni berbanding dengan negara-negara maju yang lain.

Mereka semua telah mulakan jauh lebih awal kerana mereka sedar ia untuk keselamatan rakyat mereka sendiri. Di Malaysia pun sama juga, kerajaan berbuat demikian demi menjaga keselamatan kanak-kanak yang tinggal di negara ini.

Sudah-sudahlah kita memberi alasan takdir Tuhan semata-mata kerana kebanyakkannya memang DENGAN SENGAJA MEMILIH untuk mendedahkan diri dan orang lain dalam bahaya yang sememangnya boleh dijangka atau diramal.

Pesanan terakhir.

"Berhenti memberi 1001 alasan kenapa kita TIDAK MAHU menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (childseat), sebaliknya carilah 1001 alasan kenapa kita PERLU MENGGUNAKAN childseat itu, tanpa perlu kerajaan menguatkuasakan undang-undang baharu tersebut."

Ingat, duit boleh kita usahakan cari juga walaupun terpaksa kerja lebih sedikit, namun nyawa yang hilang jika kita ada wang setinggi gunung sekalipun tidak akan mampu kembalikan nyawa itu semula.

Renungkan dalam mata anak-anak kita dan beritahu diri sendiri bahawa "anak ini bukan patung ujian perlanggaran (crash test dummy)".

Nukilan ini ditulis oleh Cikgu Marwan yang merupakan Driver & Rider Trainer serta Road Safety Consultant di MyRideSafey Consultancy 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini bertujuan untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh khusus untuk ibu…
Berita Global
Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS…
Berita Domestik
Pemberian subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 ini bakal memanfaatkan lebih 180,000 keluarga B40…