Anak Malaysia jadi Jurutera Bendalir Mercedes-AMG PETRONAS F1!

oleh Mohamad Hanif|
Pencarian global jawatan PETRONAS Trackside Fluid Engineer (PTFE), atau Jurutera Bendalir bagi pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS kini menemui noktahnya apabila anak Malaysia, En De Liow dilantik oleh PETRONAS Lubricant International (PLI) baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah seorang daripada pasukan trackside PETRONAS, Liow akan memberikan bantuan berbentuk sokongan perkhidmatan sepanjang 22 buah perlumbaan musim ini. 

Proses pencarian fasa kedua PTFE ini memerlukan para pemohon untuk menjalani pelbagai ujian yang serba kompetitif untuk menguji pengetahuan teknikal, skill komunikasi dan juga kerjasama berpasukan. 

Pencapaian Liow ternyata membuka mata Pengarah Urusan dan CEO PLI Group, Giuseppe D'Arrigo dan beliau mengucapkan tahniah kepada Liow atas pencapaian dan penyertaan ke dalam pasukan Mercedes-AMG PETRONAS. 

Antara tugas yang perlu dikendalikan oleh PTFE adalah menganalisis prestasi bendalir serta memberikan input masa nyata tentang tahap kesihatan dan prestasi mekanikal jentera W11 EQ Mercedes-AMG.  

Sebuah makmal kompak dibina dan dioperasikan untuk tujuan analisis berkaitan dengan bendalir sepanjang aktiviti perlumbaan di seluruh dunia. 
 
En De Liow akan digandingkan dengan pemenang pencarian jawatan PTFE tahun lalu, Stephanie Travers. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…