Anak saman ibu sebab Toyota Fortuner!

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita disaman oleh anaknya sendiri hanya kerana berang wanita itu menggunakan kereta jenis Toyota Fortuner yang dibeli atas namanya, lapor Kompas.com.


Alfian Prabowo, 25, memfailkan saman itu di Mahkamah Negeri Salatiga, Jawa pada Oktober tahun lalu kerana ibunya, Dewi Firdaus, 52, dianggap menyewa kenderaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dewi menjelaskan, kenderaan itu dibelinya dengan hasil keringat sendiri sebagai pegawai kerajaan di kerajaan wilayah Jawa Tengah dengan menggunakan nama anaknya. 

 

“Saya beli kenderaan itu di Kaligawe Semarang pada 2013. Namun, ketika itu saya baru sahaja menjual Toyota Yaris dan belum menukar nama lagi. Saya namakan atas nama anak kerana ini merupakan kepercayaan saya,” luahnya. 

 

Namun akhirnya, Alfian meminta ibunya menyerahkan kenderaan tersebut kerana menganggap wanita itu hanya menyewa kenderaan itu. 

 

“Jika tidak diberikan, kenderaan itu dianggap sewa dan sehingga saat ini nilai sewaan sudah mencapai 200 juta rupiah (RM57,447). Jika saya gagal bayar, rumah akan disita.  

 

“Kalau rumah ini disita, lalu saya mahu tinggal di mana lagi? Kenapakah saya diperlakukan oleh anak sendiri sebegini?” soalnya. 

 

Alfian diwakili peguam, Caesar Fortunus Wauran manakala, ibunya tidak diwakili peguam kerana dia masih tidak memahami serta keliru dengan kes tersebut. 

 

 

 

Utusan Online