#AnakAnakMalaysia 2023 bakal anjur Bazar Hijau dikuasakan EV!

oleh Mohamad Hanif|

EcoWorld bakal mengadakan acara tahunan #AnakAnakMalaysia 2023 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun  ini, #AnakAnakMalaysia 2023 dengan  tema #ActionGreeneration – “Action”, “Green” dan “Generation” membawa maksud melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menyeru semua generasi melakukan perubahan positif terhadap alam sekitar menerusi aktiviti harian mereka.

Ada pelbagai aktiviti menarik yang  akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 9 & 10 September 2023, bermula dari jam 6PM hingga 11PM, bertempat di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam!

Antara aktiviti yang bakal mencuri tumpuan pengunjung tahun ini adalah:

 

1. Bazar hijau yang dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV)

aam


Selari dengan tema #ActionGreeneration, EcoWorld mengadakan  bazar hijau , Ketuk-Ketuk Festival dari RIUH  yang dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV), dan kenderaan elektrik tersebut adalah ditaja oleh Yinson GreenTech.

Bazar hijau ini mempunyai 40 vendor yang menjual pelbagai produk mesra alam, bengkel bertemakan Eco, aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan secara langsung dan anda juga berpeluang untuk menyertai  cabutan bertuah serta  memenangi hadiah* yang menarik!
 

aam


Tidak ketinggalan, pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh dinikmati di Grandeur Labs, seperti Nando’s, Texas Chicken, Andra by Gula Cakery, Sushi King, Ayam Penyet Best, IIaoIIao, Starbucks, Coffee Bean dan banyak lagi!!

 

2. Cabaran e-skuter pertama di Malaysia

aam


Menerusi kerjasama dengan MSF, #AAM 2023 akan mengadakan cabaran PEV (Personal  Electric Vehicle) yang pertama di Malaysia – iaitu Electro Blitz Challenge di TREX Bike Park. Borang Pra-pendaftaran akan disediakan dengan pelbagai kategori yang  direka khas mengikut citarasa anda.

Meskipun anda hanya penonton, denyutan nadi anda pasti akan berdegup lebih laju semasa menyaksikan cabaran ini!  Ayuh ke sana untuk memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta di samping menikmati acara  ini bersama!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh mengikuti halaman Facebook TREX Bike Park at Grandeur Labs.

 

3. Pesta  Perjumpaan Kenderaan Elektrik (EV) pada 9 September 2023

EV

Kredit: Aurizn

Pesta perjumpaan EV bakal berlangsung pada 9 September dan pelbagai jenis jenama EV terkemuka akan berkumpul di sini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan dan inovasi yang dibawa oleh kereta-kereta elektrik ini! Selain itu, jangan lupa untuk menikmati persembahan istimewa Tesla Light Show  yang pasti memukau semua penonton. Jom ajak kawan-kawan dan keluarga datang bersama-sama untuk menyaksikan persembahan menarik ini!

Rasai Kegembiraan #AAM2023 di Galeri Jualan EcoWorld
Anda  bukan sahaja dapat merasai kegembiraan #AAM2023 di Eco Grandeur, malah  anda juga boleh melawat galeri jualan EcoWorld yang lain untuk mendapatkan pengalaman hijau yang luar biasa  menerusi program #AnakAnakMalaysia 2023!

Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
Tarikh: 7 September 2023 – 10 September 2023
Masa: 10AM – 10AM
Acara: City Gardening Event (Malaysia Largest Plant Mega Sales) & Mercedes-Benz EV Show

Lokasi: Eco Horizon @ Bandar Cassia, Pulau Pinang
Tarikh: 9 September 2023 (Hari Pertama)
Masa: 2PM – 4PM
Acara: Pertandingan Fashion Show Kanak-Kanak
Tarikh: 10 September 2023 (Hari Kedua)
Masa: 11:30AM – 2PM
Acara: Persembahan dari BBK Channel & Pertandingan Melukis dan Mewarna untuk Kanak-Kanak

Lokasi: Eco Ardence @ Setia Alam, Klang Valley
Tarikh: 9 September 2023 – 10 September 2023
Masa: 10AM – 6PM
Acara: “Cardboard Playland”

Lokasi: Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Klang Valley
Tarikh: 23 September 2023 – 24 September 2023
Masa: 11AM – 8PM
Acara: “Cardboard Playland”

Untuk maklumat lanjut, sila layari bit.ly/AAM2023_CaretaArticle   
*Tertakluk Terma & Syarat
#AnakAnakMalaysia
#ActionGreeneration
#EcoWorld