Anda kini boleh mengecas EV di 17 outlet pandu lalu Starbucks

oleh Mohamad Hanif|
Starbucks Malaysia dengan kerjasama Yinson Greentech hari ini secara rasmi melancarkan kemudahan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV di Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Pihak Starbucks merancang untuk meluaskan lagi penawaran fasiliti pengecasan EV yang terdiri daripada poin pengecasan AC dan DC di seluruh rangkaian pandu-lalu Starbucks untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Dengan kehadiran lebih 400 poin pengecasan, chargEV kini merupakan pengendali jaringan pengecasan terbesar di dalam negara.
 

EV


Terdapat dua jenis pengecasan yang ditawarkan, iaitu pengecasan pantas DC 50 kW untuk tempoh pengecasan tidak melebihi satu jam serta pengecasan AC yang lebih perhalan dan sesuai digunakan untuk mereka yang mahu menikmati hirupan kopi bersama-sama rakan-rakan dengan tenang.

Untuk menggunakan fasiliti pengecasan tersebut, para pemilik EV perlu memuat turun aplikasi chargEV di Apple Store atau Google Play Store untuk mengaktifkan fungsi pengecasan EV mereka.

Aplikasi chargEV ini tidak memerlukan sebarang langganan keahlian, namun para pengguna boleh memilih untuk melanggan selama satu tahun untuk menikmati promosi eksklusif dan kadar diskaun untuk ahli sah di semua poin chargEV AC dan DC di seluruh Malaysia.
 

EV


Bermula hari ini, terdapat 26 stesen pengecasan EV di 17 buah outlet Starbucks di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor, di mana senarai kedai yang menawarkan kemudahan pengecasan EV adalah seperti berikut:

●    Starbucks Kota Kemuning Drive-Thru
●    Starbucks Reserve™ Setia Alam
●    Starbucks Ukay Perdana Drive-Thru
●    Starbucks Conezion Putrajaya Drive-Thru
●    Starbucks Eco Gradeur Drive-Thru
●    Starbucks Rimbayu Drive-Thru
●    Starbucks Jade Hill Drive-Thru
●    Starbucks Reserve™ Eco Majestic Drive-Thru
●    Starbucks Eco Horizon Drive-Thru
●    Starbucks Icon City Drive-Thru
●    Starbucks Hillside Drive-Thru
●    Starbucks Juru (R&R) Drive-Thru
●    Starbucks Tanjong Tokong Drive-Thru
●    Starbucks Malim Jaya Drive-Thru
●    Starbucks Bandar Seri Alam Drive-Thru
●    Starbucks Seri Austin Drive-Thru
●    Starbucks Skudai (R&R) Drive-Thru

Serentak dengan penawaran terbaharu ini, bermula 1 November 2022 para pelanggan Starbucks yang aktif mengecas EV mereka di salah satu daripada 17 buah Starbucks yang disenaraikan boleh menikmati diskaun 50 peratus Grande Handcrafted Beverage di dalam satu resit tunggal.

Mereka hanya dikehendaki untuk mengimbas ID chargEV di aplikasi mudah alih untuk menebus diskaun tersebut, di mana promosi ini sah untuk tempoh 12 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menerusi peraduan 'Sip & Win' ini, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik…