Anggota polis disaman, guna peranti pintar semasa memandu

oleh Mohamad Hanif|
Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku pada 9 pagi Ahad ketika anggota terbabit memandu Proton Preve yang berlogo pasukan polis.

“Anggota polis terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.

“Kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.

Semalam, satu klip video 14 saat tular di media sosial menunjukkan seorang anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.

Orang ramai meminta tindakan tegas, sama seperti yang dikenakan terhadap orang awam, diambil ke atas anggota polis itu kerana melanggar undang-undang jalan raya.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Gaya Hidup
Berbanding model standard S23 Ultra, peranti pintar edisi khas ini bakal menampilkan beberapa ciri…
Berita Global
Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali…