Anggota polis ditahan - disyaki tipu jual beli sunroof

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang anggota polis membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam semalam selepas dituduh menipu berhubung urusan jual beli bumbung suria (sunroof) dua buah kenderaan bulan Februari dan Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 30 tahun didakwa cuba memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk urusan jual beli sunroof bagi Proton Inspira dengan meminta bayaran pendahuluan sebanyak RM500 pada 1 Februari 2021 di Kawasan Perusahaan Perai.

Pertuduhan kedua pula melihat beliau didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 21 tahun dalam urusan jual beli sunroof untuk Toyota Camry dengan meminta bayaran pendahuluan RM500.

Kedua-dua kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara antara setahun sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM14,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan kes itu akan disebut semula pada 24 November depan.

* Berita penuh di Utusan.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua lelaki berusia 26 dan…
Berita Domestik
  “Dalam operasi yang dijalankan semalam sebanyak 101 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik yang…