Anggota Polis maut, hilang kawalan sebelum rempuh bas

oleh SALINA JALIL|
Perjalanan pulang seorang anggota polis ke kampung halaman berakhir dengan tragedi apabila maut dalam nahas jalan raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam apabila kenderaan yang dinaiki mangsa, Mohd Zulfahmie Fitri Zulkefli, 24, bersama adik perempuannya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin, berkata mangsa bersama adiknya yang berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Besut, Terengganu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

 

“Mangsa yang bertugas di Balai Polis Mahang, Kulim, Kedah dipercayai dari negeri itu untuk pulang ke kampung halamannya.

 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa hilang kawalan di kawasan selekoh dan terus merempuh sebuah bas dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

Ahmad berkata mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat.

 

Menurutnya lagi, keadaan adik perempuan mangsa pula agak kritikal selain turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

 

“Mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut.

 

“Pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…