Anggota polis trafik parah dilanggar pemandu Proton Wira mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari Sinar Harian
Seorang anggota polis trafik parah selepas dilanggar seorang lelaki yang memandu kereta dipercayai dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di Johor Bahru pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.05 pagi semasa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan itu sedang mengawal aliran trafik sejurus berlaku satu kemalangan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang membuat kawalan lalu lintas satu kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.

"Semasa proses penundaan sedang dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Raub berkata, akibat kemalangan itu mangsa berusia 30-an tercampak atas cermin hadapan Proton Wira berkenaan sebelum melambung dan terjatuh di tengah jalan.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kiri serta luka di beberapa anggota badan.

"Pemandu kereta berkenaan yang berusia 30-an pula mengalami kecederaan ringan.

"Hasil ujian pernafasan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol, manakala saringan air kencing pula negatif dadah," katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat bawah Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 iaitu memandu bawah pengaruh alkohol.

"Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kemalangan agar tampil ke balai trafik IPD Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014-6977122," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dua kali ganda melebihi…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut dipercayai telah melanggar belakang…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…