Walau bagaimana pun, segmen trak pikap mengalami penurunan sebanyak 21 peratus dalam tempoh masa yang sama.
Dari bulan Januari hingga Mac 2020, Triton mengekalkan bahagian pasaran sebanyak 22 peratus. Bahagian pasaran model itu untuk tahun kewangan 2019 ditutup pada 17 peratus, lebih tinggi sebanyak 1 peratus berbanding sasaran awal MMM.
Untuk keseluruhan tahun kewangan 2019, model Triton double cab mendahului segmen trak pikap di tiga buah negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.
Tomoyuki Shinnishi, ketua pegawai eksekutif MMM berkata, “sektor automotif kemungkinan akan terus berada dalam tekanan akibat pandemik COVID-19 tetapi syarikat akan memberi lebih tumpuan dan berfikiran positif dengan merancang pertumbuhan perniagaan apabila keadaan bertambah baik.”