Model terlaris Proton pada bulan Januari 2021 adalah Proton Saga iaitu 2,583 unit telah diserahkan kepada pembeli, sekaligus menjadikannya sedan segmen-A yang kedua paling popular.
Proton X70 dan Proton X50 pula kekal di tangga teratas SUV segmen-C dan SUV segmen-B (lima tempat duduk) walaupun jumlah yang didaftar berkurangan kepada 892 unit dan 1,082 unit.
Bagi Proton X50, sebanyak 4,809 unit telah diserahkan kepada pembeli sejak ia dilancarkan tahun lepas pada 27 October.
Roslan Abdulah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar berkata, “Bulan Januari adalah satu bulan yang agak sukar bagi industri ototmotif Malaysia. Kami menaruh harapan dan momentum tinggi untuk mengekalkan pengeluaran pada akhir tahun lepas untuk dibawa ke tahun baru ini, terutamanya selepas pengumuman insentif PENJANA akan kekal hingga ke pertengahan tahun.
Malangnya, pengumuman PKP untu kali kedua telah menghampakan harapan itu. Walaubagaimana pun Proton dan rakan-rakan industri otomotif yang lain menyokong sepenuhnya langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal kadar jangkitan.
Keselamatan semua rakyat Malaysia perlu diutamakan dan syarikat-syarikat perlu menukar strategi jika ingin mencapai matlamat dalam keadaan pasaran yang telah berubah.”
Walaupun tempahan Proton masih tinggi sejak akhir tahun lalu, syarikat perlu bekerja keras untuk menepati kadar permintaan. Sebagai industri yang bergantung kepada rantaian bekalan global, syarikat otomotif akan terjejas jikalau ada kelewatan penghantaran bahagian kerana ini akan memberi kesan buruk kepada barisan pengeluaran mereka.
“Langkah-langkah seperti PKP telah memberi kesan kepada jumlah pelanggan yang datang ke bilik pameran, tetapi Proton boleh menerima tempahan atas talian untuk meningkatkan jualan kami.
Malangnya, talian bekalan kami telah terjejas oleh coronavirus untuk beberapa bulan lepas dan ini menyukarkan kebolehan untuk
membina kenderaan kerana bekalan bahagian tidak konsisten.
Situasi ini telah dihadapi oleh semua pengeluar kenderaan sejak tahun lepas, namun demikian kami menaruh harapan ketibaan vaksin akan menstabilkan keadaan ini pada pertengahan tahun,” kata Roslan Abdullah lagi.
Walaupun terdapat kelewatan, Proton berhasrat untuk meneruskan rancangan pelancaran produknya untuk tahun 2021 dalam usaha untuk meningkatkan penjualan di dalam dan luar negara.
Buat masa ini, Proton mengekalkan jadual pelancaran produk. Kami akan melancarkan beberapa produk yang menarik pada tahun ini manakala Proton X50 pula akan diberi peluang untuk memantapkan kedudukannya di pasaran serta menerima faedah jualan selama setahun.
Kami sedar pasti ada lebih cabaran pada tahun ini dan keadaan tidak akan berubah sehingga virus itu dapat dikawalkan di seluruh dunia, tetapi kami juga memahami bahawa inilah norma baru perniagaan dan pihak syarikat bertanggungjwab untuk menukar cara operasi mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan,” sambung Roslan Abdullah.