Annice Lyn Terokai Keindahan Malaysia Bersama Porsche Cayenne

oleh Penyumbang Rencana 2|
Wartawan foto dan bekas peluncur air antarabangsa, Annice Lyn telah menerokai keindahan landskap Semenanjung Malaysia dengan memandu model Porsche Cayenne pertama yang dipasang diluar benua Eropah.

Dia telah merakamkan detik-detik bersama model tersebut dengan menangkap gambar di setiap lokasi yang memiliki pemandangan indah dan aktiviti menarik bersama kenderaan tersebut.
 

Cayenne


Pengembaraannya meliputi seluruh negeri yang ada di Semenanjung untuk melihat tapak warisan dunia serta menyelami budaya tempatan seperti Gua Kajang yang terletak berdekatan dengan tapak UNESCO Lenggong, perkampungan nelayan di Kuala Sepetang dan banyak lagi.

“Keterujaan masih dirasai setiap kali menjejalah walaupun kini ia sudah menjadi sebahagian daripada pekerjaan saya. Malah saya juga dapat menikmati kebebasan dalam diri ketika melakukan aktiviti ini,” katanya.

Dari Kuala Lumpur, dia menyatakan prestasi pemanduan model Porsche Cayenne menunjukkan penggunaan yang tahan lasak tidak kira dalam keadaan jalan berliku atau berbukit.
 

Cayenne


Ini berikutan dengan keunikan sistem gantungan Cayenne memberikan kekuatan ketika melanggar bonggol atau halangan lain dalam keadaan apa jua bentuk muka bumi.

Setiap kali perjalanan pulang dengan memandu Cayenne, Annice sentiasa berasa bersyukur dan menyatakan setiap penjelajahannya di Semenanjung Malaysia memberikan kepuasan kepadanya. 

“Lebih tiga tahun saya bekerja, ini adalah jejajah yang saya rasakan seperti pulang ke kampung halaman sendiri. Sebagai rakyat Malaysia, pengembaraan saya bersama Cayenne memberikan satu sudut pandangan yang berbeza dan saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman ini” katanya.
 

Cayenne


Anda boleh ikuti pengembaraan Annice Lyn menjelajah di Malaysia bersama Porsche Cayenne melalui Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi pengedar Porche Malaysia. 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak perasmian kemudahan pemasangan tempatan pertama untuk Porsche di luar Eropah pada Mac 2022,…
Berita Global
Luaran   Lampu LED Matrix ditukar kepada bentuk yang lebih "tajam" sementara hud enjin serta…
Berita Global
Menurut pengurus model Cayenne, Michael Schätzle berkata, "Ia adalah salah satu peningkatan produk…