Anthony Loke - Angka statistik kematian dan kemalangan maut JPJ dan PDRM berbeza

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mendapatkan pengesahan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai jumlah sebenar kematian dan kemalangan maut di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sudah meminta Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha meneliti statistik tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Angka itu belum disahkan setakat ini dan saya rasa mungkin ada kekeliruan antara kematian dan kemalangan maut.

“Kedua-duanya adalah perkara berbeza dan saya sudah meminta Ketua Pengarah JPJ, membuat pengesahan lanjut dengan PDRM mengenai angka itu,” katanya selepas meninjau JPJ Selangor, Padang Jawa di Shah Alam pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan sebanyak 598,635 kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara bermula 1 Januari sehingga 30 Disember lalu berdasarkan statistik PDRM.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, jumlah itu turut meliputi 5,984 kes kemalangan maut dengan secara keseluruhannya seramai 6,433 mangsa dilaporkan maut bagi tempoh berkenaan.

Mengulas lanjut, kata Siew Fook, pihaknya sentiasa memandang serius apa jua angka kemalangan maut dan kematian.

“Kita akan mempertingkatkan lagi kempen keselamatan jalan raya terutama advokasi kepada pelajar sekolah.

“Selain itu, penguatkuasaan akta dan peraturan jalan raya sedia ada juga akan dikaji semula,” katanya.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…