Anthony Loke - Dasar baharu lesen memandu minggu depan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan (MOT) dijangka mengumumkan satu dasar baharu berkaitan lesen memandu yang bakal memanfaatkan golongan muda, minggu depan menurut laporan dari Berita Harian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dasar baharu itu akan memudahkan golongan muda, khususnya yang masih belum memiliki lesen memandu untuk mendapatkan lesen berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ada satu lagi inisiatif akan saya umumkan pada minggu depan yang bakal memberikan kesenangan kepada golongan muda, khususnya yang belum mendapatkan lesen memandu.

"Inisiatif yang akan diumumkan ini satu dasar baharu yang boleh memudahkan pemohon lesen memandu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anthony berkata pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat menjadi kerangka ekonomi baharu di bawah Kerajaan Perpaduan, yang menggariskan visi dan matlamat jelas untuk dijadikan matlamat kepada semua jentera kerajaan.

Katanya, pengumuman itu juga memperkukuhkan lagi komitmen kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan beberapa projek penting negara, khususnya pembinaan Transit Aliran Ringan 3(LRT3) dan Transit Aliran Massa 3 (MRT3), LRT di Pulau Pinang dan projek pengangkutan di Johor.

"Komitmen ini juga merangkumi jaringan bas dari luar bandar ke bandar dan juga dalam bandar di Sabah dan Sarawak. Projek ini akan diberi perhatian dan dilaksanakan.

"Yang penting juga agenda pendigitalan dalam perkhidmatan kita. MOT akan memberi pengkhususan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan kita, terutama perkhidmatan JPJ dan memudahcarakan rakyat dalam segala urusan kerajaan," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…